CARACAS, 27 MAC – Venezuela telah mengalami kemelesetan selama lapan tahun, mengalami inflasi melampau selama empat tahun dan penurunan nilai dalam mata wang.
Tetapi mata wang bolivar berjaya stabil sejak Oktober lalu.
Ia adalah hasil daripada pelaburan AS$2.2 bilion oleh kerajaan dalam usaha untuk mempertahankan inflasi di negara Selatan Amerika itu.
Tahun lalu telah berakhir dengan inflasi pada 686 peratus, peratusan inflasi tertinggi di dunia.
Walau bagaimanapun, perkara tersebut merupakan peningkatan ketara pada 130,000 peratus pada 2018, sebanyak 9,585 peratus pada 2019 dan 3,000 peratus pada 2020.
Menurut perundingan Aristimuno Herrera and Association, bank pusat Venezuela telah menyuntik sebanyak AS$2.2 bilion ke dalam pasaran dalaman pada 2021 dan 2022.
Diharamkan selama 15 tahun oleh kerajaan, dolar AS dahulunya terhad dan sangat berharga, telah dijual kepada pasaran gelap dengan lebih ketara daripada kadar pertukaran rasmi.
Sementara itu, negara tersebut telah mengalami krisis aliran tunai, kerajaan terpaksa menarik balik larangan berkenaan pada 2019.
“Menawarkan lebih banyak dolar daripada permintaan menjana kestabilan dalam kadar pertukaran mata wang,” menurut Pengarah di Aristimuno Herrera and Association, Cesar Aristimuno memberitahu kepada AFP. Bank tersebut telah mengakui sebanyak 29 ‘campur tangan’ sejak Oktober 2021, walaupun tanpa memberikan butiran jumlahnya.
Pada Oktober lalu, bank berkenaan telah mengurangakn enam sifar daripada bolivar, menjadikan satu bolivar baharu yang bernilai sejuta bolivar dengan kerajaan berkata ini akan meningkatkan kepercayaan terhadap mata wang tempatan.
Pada masa yang sama, pihak berkuasa mengenakan cukai tiga peratus ke atas urus niaga mata awang asing dan mata wang kripto. – AFP
