Saturday, May 10, 2025
26.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Venice had jumlah kumpulan pelancong mulai Jun 2024

    MILAN, 31 DIS – Bandar Venice di Itali kelmarin mengumumkan had baharu mengenai saiz kumpulan pelancong, langkah terkini bagi mengurangkan tekanan pelancongan besar-besaran ke bandar terusan terkenal itu.

    Bermula pada bulan Jun, kumpulan pelancong akan dihadkan kepada 25 orang atau kira-kira separuh daripada kapasiti bas pelancong serta penggunaan pembesar suara, ‘yang boleh menimbulkan kekeliruan dan gangguan,’ akan diharamkan, kata bandar itu dalam satu kenyataan.

    Pegawai bandar yang bertanggungjawab terhadap keselamatan, Elisabetta Pesce berkata dasar itu bertujuan untuk meningkatkan pergerakan kumpulan melalui pusat bersejarah Venice serta pulau-pulau yang banyak dikunjungi Murano, Burano dan Torcello.

    Bandar itu sebelum ini turut mengumumkan rancangan untuk menguji caj harian bagi pelancong pada tahun ini. Caj yuran sebanyak AS$5.45 bagi setiap seorang akan dikenakan pada 29 hari kemuncak antara April dan pertengahan Julai, termasuk hujung minggu.

    Tujuannya adalah bagi mengawal selia orang ramai, menggalakkan lawatan lebih lama dan meningkatkan kualiti hidup penduduk Venice. – AP

    Para pelancong berjalan di jalan sesak di Venice, Itali. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda