KUALA LUMPUR – Gigi yang cantik, putih tersusun menjadi dambaan bagi mereka yang mementingkan penampilan diri, kerana bukan sahaja dapat menjadikan senyuman lebih menawan tetapi turut mencerminkan kebersihan diri. Justeru, tidak hairanlah ramai yang sanggup berbelanja besar, khususnya golongan muda, bagi mendapatkan rawatan mencantikkan gigi termasuk melakukan pemasangan venir. Venir dikategorikan sebagai rawatan estetik pergigian

