Tuesday, May 13, 2025
25.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Venus akhiri Rekod Terbuka AS

    NEW YORK, 30 OGOS – Venus Williams mengakhiri rekod Terbuka AS ke-24 pada cabaran pertama semalam, di mana juara Grand Slam tujuh kali itu tewas 6-1, 6-1 kepada pemain Belgium, Greet Minnen.

    Ikon tenis berusia 43 tahun itu bukan tandingan untuk lawannya yang berusia 26 tahun, yang dilahirkan hanya beberapa minggu sebelum Williams bermain final Grand Slam pertamanya di Terbuka AS pada 1997.

    Williams, yang rankingnya telah merosot ke tangga ke-410 dunia, tidak pernah bersaing dengan Minnen yang mendominasi semua aspek perlawanan untuk kemenangan selesa.

    Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Williams cenderung tidak bermain di luar Terbuka AS pada akhir setiap musim.

    Bagaimanapun, pemain veteran Amerika itu berkata dia mungkin menyemak semula rancangan itu selepas musim yang gagal akibat kecederaan, terutamanya kecederaan lutut yang dialami di Wimbledon, di mana dia juga tersingkir pada pusingan pertama.

    “Saya mungkin mempertimbangkan semula tahun ini kerana tahun ini perancangan saya tidak berjalan dengan lancar, dalam apa jua cara atau bentuk yang saya fikir ia akan berlaku,” kata Williams.

    Sementara itu, Williams enggan memberikan sebarang petunjuk tentang bila dia boleh membuat keputusan mengikut jejak langkah adik perempuannya Serena untuk bersara.

    Ditanya apakah faktor penentu dalam menentukan kerjaya seterusnya, dia menjawab, “Saya tidak akan memberitahu awda jadi saya tidak tahu mengapa awda bertanya.” – AFP

    Reaksi Venus Williams semasa perlawanan menentang Greet Minnen di New York pada 29 Ogos. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda