Tuesday, May 13, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Venus kejutkan nombor 1 dunia

    MIAMI, 30 Mac – Venus Williams mempamerkan prestasi terbaiknya untuk menyingkirkan pemain nombor satu dunia, Angelique Kerber dari Terbuka Miami dan mara ke pertembungan separuh akhir menentang Johanna Konta dari Britain.

    Williams, pemain wanita tertua di atas gelanggang, menewaskan Kerber dengan ‘straight set’, menang 7-5, 6-3, sementara Konta bangkit untuk menewaskan Simon Halep dari Romania 3-6, 7-6(9/7), 6-2.

    Perlawaanan separuh akhir lain akan menyaksikan pemain Denmark, Caroline Wozniacki menentang pemain pilihan kedua, Karolina Pliskova dari Republik Czech.

    Jaguh Amerika itu memecahkan servis Kerber sebanyak empat kali, sementara Williams gagal mempertahankan servisnya sebanyak dua kali, tetapi persaingan menjadi berat sebelah di set kedua.

    Williams bermula pantas untuk mendapat pendahuluan 4-1 sebelum Kerber cuba bangkit dan menghasilkan beberapa pukulan menarik ketika dia cuba menyelamatkan set itu.

    “Ia adalah perlawanan menarik. Saya mengawalnya. Saya telah membuat beberapa kesilapan dan peratus servis pertama rendah berbanding yang saya mahukan,” kata Williams.

    “Saya perlu bermain dengan baik menentang pemain nombor satu dunia. Dia berada di tahap terbaik prestasinya, jadi saya perlu mencari jalan untuk bermain lebih baik berbandingnya,” tambah Williams. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda