Monday, May 12, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Venus Williams gigit jari

    MIAMI, 29 Mac – Danielle Collins mempamerkan prestasi menakjubkan dengan melakukan kejutan ke atas Venus Williams 6-2, 6-3 untuk mara ke separuh akhir Terbuka WTA Miami, semalam.

    Kejayaan pemain kelayakan berusia 24 tahun cukup mengkagumkan kerana ini adalah musim keduanya sebagai pemain profesional dan penyertaan sulungnya di Key Biscayne.

    Kemenangan itu juga adalah yang pertama Danielle ke atas pemain ranking 10 teratas malahan Venus, pemain nombor lapan dunia mengakui lawannya itu memang berhak menang dan akan menentang Jelena Ostapenko dalam aksi separuh akhir.

    “Ini bukanlah aksi terbaik saya tetapi dia bermain sangat baik dan agresif,” kata Venus.

    Venus mengembalikan pukulan semasa menentang Danielle Collins dalam peringkat suku akhir Terbuka Miami. – AFP

    Danielle pula sangat gembira mengatasi pemain yang menjadi idolanya.

    “Kali pertama saya melihatnya di bilik persalinan, saya hampir menangis. Venus pemain kegemaran saya. Kini bagaikan mimpi dapat menewaskannya.”

    Sementara itu, juara bertahan Terbuka Perancis, Jelena mengatasi pilihan keempat dari Ukraine, Elina Svitolina. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda