Tuesday, July 15, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Verona akan bertemu AC Milan

    MILAN, 1 Dis – Verona berjaya mengalahkan Chievo dalam aksi perlawanan yang berkesudahan sepakan penalti yang menyaksikan Verona menang 5-4 selepas jaringan kekal 1-1 sehingga tamat perlawanan.

    Jaringan pada minit awal yang dihasilkan oleh Sergio Pellissier pada minit ke-8 untuk menjadikan Chievo berada di depan sebelum Mohamed Fares menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-34 dan kekal sehingga tamat perlawanan dan ditentukan melalui sepakan penalti.

    Dengan kemenangan itu, Verona akan bertemu AC Milan pada 13 Disember yang berlangsung di San Siro untuk pertemuan dalam 16 terakhir.

    Sementara itu, Torino mengalahkan kelab divisyen dua Carpi dengan jaringan 2-0 dan akan berkunjung ke AS Roma, manakala Sassuolo berjaya menewaskan Cari 2-1 dan akan menentang Atalanta pada perlawanan seterusnya.

    Dalam pada itu juga, Sampdoria berjaya untuk mara pada Selasa lalu, yang menyaksikan dua musuh tradisi Serie A Cagliari dan SPAL tewas kepada pasukan bawah liga. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda