Thursday, December 26, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Verona didenda kerana perkauman

    ROME, 4 Jan – Kelab Serie A, Verona didenda 20,000 euro ($24,000) kerana sorakan bersifat perkauman oleh peminat–peminat mereka terhadap pemain midfield Juventus, Blaise Matuidi hujung minggu lalu.

    Ejekan terhadap pemain antarabangsa Perancis itu berlaku ketika dia membuka jaringan enam minit dalam perlawanan menyaksikan juara enam kali itu mencatatkan kemenangan 3-1.

    Hakim sukan, Gerardo Mastrandrea semalam menyatakan Verona juga perlu beraksi satu perlawanan tanpa penonton di Curva Sud ( South End).

    Bagaimanapun, memandangkan ia adalah kali pertama musim ini terdapat sorakan rasis pelaksanaan sekatan untuk menutup South End digantung selama setahun.

    “Jika tempoh ini pelanggaran yang sama dilakukan, penggantungan akan dibatalkan dan hukuman akan ditambah bagi pelanggaran baru, dalam tambahan kepada denda bernilai 20,000 euro,” jelas kenyataan yang dikeluarkan oleh liga.

    Blaise Matuidi (kanan) meraikan jaringannya semasa menentang Verona baru-baru ini. Kelab Serie A Verona didenda 20,000 euro sorakan bersifat perkauman ditujukan kepada Matuidi. – AFP

    Matuidi, 30, menyertai Juventus pada musim panas lali dari Paris Saint-Germain dalam persetujuan yang bernilai 20 juta euro.

    Paulo Dybala juga menjaringkan dua gol dalam tempoh 20 minit terakhir dalam perlawanan liga Sbatu lalu ketika Juventus kekal satu mata di belakang Napoli. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda