MONTMELĂ“, SEPANYOL, 20 MEI – Max Verstappen akan kembali ke tempat di mana beliau memenangi Formula One ketika remaja di Grand Prix Sepanyol hujung minggu ini sebagai juara dunia yang memburu untuk merebut gelaran keduanya.
Selepas kejayaan meraih kejuaraan di Abu Dhabi tahun lepas, pemuda Belanda berusia 24 tahun itu telah menjadi antara bintang sukan dengan bayaran tertinggi di dunia dan tokoh terkemuka dalam generasi baharu pemandu F1.
Pada Ahad ini, seperti biasa, beliau akan menyekat semua gangguan ketika beliau membida untuk melengkapkan hatrik kedua kemenangan berturut-turut untuk Red Bull di litar Montmelo di mana saingan kejuaraan 2021 Lewis Hamilton dari Mercedes telah berakhir.
Verstappen berusaha mengurangkan kelebihan awal pendahulu siri 2022, Charles Leclerc dan melancar inisiatif memburu kejuaraan kedua selepas enam tahun meraih kemenangan sulungnya bersama Red Bull di Sepanyol.
Perlumbaan Sepanyol 2016 juga menandakan satu perlumbaan bersejarah kerana perlanggaran pusingan pembukaan antara saingan kejuaraan Mercedes Nico Rosberg dan Lewis Hamilton telah dimanfaatkan Verstappen bagi meraih kemenangan sulungnya. – AFP
