Friday, November 15, 2024
33.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Verstappen juara Grand Prix Monaco

    MONACO, 29 MEI – Kemenangan Max Verstappen di Grand Prix Monaco memberikan pemandu Red Bull itu kemenangan keempatnya musim ini dan rekod ke-39 keseluruhan untuk pasukan itu apabila dia melebarkan pendahulu kejuaraannya kepada 39 mata ke atas rakan sepasukannya, Sergio Perez, kelmarin.

    Kemenangan Verstappen semuanya diraih bersama Red Bull sejak penampilan pertamanya untuk pasukan itu di GP Sepanyol pada 2016 apabila dia menjadi pemenang F1 termuda pada usia 18 tahun.

    Tujuh tahun dan dua gelaran kejuaraan dunia kemudian, pelumba Belanda itu mencipta rekod kemenangan untuk pasukan Red Bull apabila dia melepasi rekod 38 kemenangan sebelum ini oleh bekas pemandu Red Bull, Sebastian Vettel apabila dia meraih empat kejuaraan berturut-turut dari 2010 hingga 2013.

    “Ia hebat, saya tidak pernah menyangka saya akan berada dalam kedudukan ini dalam kerjaya saya,” kata Verstappen. “Ia lebih baik daripada apa yang saya bayangkan de-ngan pasti.”

    Pelumba veteran Sepanyol, Fernando Alonso merupakan pelumba kedua terbaik musim untuk Aston Martin walaupun dia ketinggalan 28 saat di belakang Verstappen, manakala pelumba Perancis, Esteban Ocon memperoleh tempat ketiga dan podium yang jarang berlaku untuk Alpine.

    Red Bull telah memenangi semua perlumbaan setakat ini.

    “Ia sangat menyenangkan untuk memenanginya seperti yang kami lakukan hari ini dengan cuaca dan segala-galanya untuk kekal tenang dan membawanya pulang,” kata Verstappen.
    Bagi kebanyakan perlumbaan, dia melayari trek yang kering dan sempit di mana melewati pelumba yang lain adalah yang paling sukar dalam F1. – AP

    Max Verstappen bersama trofi yang dimenanginya semasa perlumbaan Grand Prix Formula Satu Monaco, di litar lumba Monaco, di Monaco, 28 Mei. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda