Monday, July 1, 2024
23 C
Brunei

    -

    Verstappen kekal bersama Red Bull

    SPIELBERG, 28 JUN – Juara bertahan Formula Satu tiga kali, Max Verstappen menepis sebarang keraguan yang berlegar mengenai masa depannya dengan mengatakan bahawa dia akan terus berada di Red Bull musim depan.

    Verstappen bercakap kelmarin pada sidang akhbar sebelum Grand Prix Austria dan selepas ditanya untuk kali ketiga sama ada dia akan memberikan komitmen secara terbuka kepada Red Bull, dia akhirnya menjawab ‘OK, ya’.

    “Maksud saya, kami juga sedang bekerjasama tentang kereta tahun depan,” kata pemandu Belanda itu. “Saya fikir apabila awda sangat fokus pada hal itu, ia bermakna awda juga berlumba untuk pasukan.”

    Verstappen mempunyai kontrak dengan Red Bull hingga 2028, tetapi tempat kosong Lewis Hamilton di Mercedes pada tahun 2025 telah menimbulkan spekulasi mengenai pasukan Jerman itu untuk cuba menarik Verstappen. Ketua Mercedes, Toto Wolff berkata awal tahun ini bahawa dia ‘sangat ingin’ menjadikan Verstappen sebagai pemandu.

    “Sudah tentu, orang ramai boleh bercakap, tetapi yang paling penting ialah kami mempunyai jentera yang sangat kompetitif untuk masa depan,” kata Verstappen. “Dan yang pasti, saya sudah mengatakan hal ini dengan pasukan, bahawa kita sedang bekerja dan memberikan tumpuan juga pada tahun depan untuk mencuba dan bersaing lagi.” – AP

    Verstappen bercakap semasa sidang akhbar di Spielberg, Austria baru-baru ini. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Xi akan lawat Kazakhstan, Tajikistan 2 Julai

    BEIJING, 30 JUN - Presiden China, Xi Jinping akan menghadiri mesyuarat pemimpin dan mengadakan lawatan negara ke Kazakhstan dan Tajikistan mulai Selasa ini, kementerian...