Monday, March 17, 2025
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Verstappen kian bersemangat

    BUDAPEST, 1 OGOS – Selepas dua kemenangan sensasi, Max Verstappen (gambar bawah) berpeluang meraih satu lagi kejayaan di Grand Prix Hungary, Ahad ini.

    Pelumba Red Bull berusia 21 tahun itu yang bapanya, Jos menaiki podium di Hungary pada 1994 berharap dapat mencipta satu lagi kemenangan sebelum rehat pertengahan musim. Kemenangan Verstappen di GP Jerman Ahad lalu mebolehkan dia mengurangkan jarak mata kepada 63 ke atas juara lima kali, Lewis Hamilton dengan baki 10 daripada 21 perlumbaan. Pelumba Belanda itu kini berada di kedudukan ketiga di belakang dua pelumba Mercedes, Hamilton dan Valtteri Bottas.

    Bagaimanapun, dia enggan terlalu yakin menghadapi perlumbaan pada malam Ahad ini tetapi pengarah sukan Red Bull, Helmut Marko yakin Verstappen akan merampas gelaran daripada Hamilton.

    Mercedes tidak tewas dalam lapan perlumbaan awal dan tekanan makin memuncak jika mereka sekali lagi berdepan minggu mengecewakan susulan kebangkitan semula Verstappen di Jerman. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda