Friday, September 20, 2024
29.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Verstappen miliki azam rangkul kejuaraan ketiga

    MONACO, 30 MEI – Max Verstappen mengesahkan dia mempunyai ketabahan dan keazaman untuk merangkul kejuaraan ketiganya secara berturut-turut dengan kemenangan meyakinkan di Grand Prix Monaco yang dilanda hujan baru-baru ini.

    Fernando Alonso memberikan cabaran sengit dengan jentera Aston Martin miliknya, tetapi tidak dapat menghalang juara bertahan dunia berganda Red Bull itu daripada melanjutkan pendahuluan sirinya.

    Pelumba Belanda berusia 25 tahun itu baru-baru ini menunjukkan bahawa dia mempunyai keberanian untuk menghadapi sebarang cabaran.

    Kepantasan dan kemahirannya pada tayar sederhana yang haus apabila dia memanjangkan tugas pertamanya, untuk menentang Alonso merupakan bakat yang luar biasa.

    Verstappen berjaya mengawal rentaknya dan mengatasi halangannya untuk membina kelebihan yang memastikan kemenangan walaupun hujan turun.

    Aksi Verstappen bersaing semasa Grand Prix Formula Satu Monaco di litar jalanan Monaco di Monaco, 28 Mei. – AFP

    “Kami mempunyai jurang yang mencukupi, walaupun lima atau enam saat di luar rentak, kami masih berada tiga atau empat detik di hadapan,” kata bos pasukan Red Bull, Christian Horner.

    “Tetapi awda perlu mengakui kehebatan Fernando hujung minggu ini. Saya fikir Max dan dia cemerlang. Pesaing lainnya jauh di belakang.

    “Seronok melihat keyakinan Fernando dan cara dia memandu. Dia dan Max sangat serupa dalam cara mereka memandu dan kecekapan yang mereka tunjukkan.

    “Mereka sentiasa berusaha keras dan menikmati pertarungan. Awda boleh melihat bagaimana mereka menikmati pertarungan,” tambahnya.

    Pada usia 41 tahun, Fernando Alonso, mungkin tidak memberikan kejayaan romantik yang diinginkan ramai peminat, tetapi dia membuktikan dia mempunyai ketabahan dan
    kepantasan untuk menentang usianya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda