Friday, May 9, 2025
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Verstappen tidak minat ganti tempat Hamilton

    PARIS, 26 FEB – Max Verstappen berkata kelmarin dia tidak terfikir untuk menggantikan Lewis Hamilton di Mercedes ketika dia bersedia untuk menamatkan penguasaan juara Formula Satu.

    Hamilton menandatangani kontrak lanjutan selama setahun bersama Mercedes bagi musim 2021 awal bulan ini, yang dilihat berkemungkinan menjadi kempen terakhir selepas memenangi enam daripada tujuh kejuaraan bersama pasukan.

    “Saya tidak tahu apa yang Lewis akan lakukan pada akhir musim,” kata pelumba Red Bull, Verstappen memberi jawapan apabila ditanya oleh wartawan sama ada dia melihat dirinya sebagai pengganti berpotensi.

    “Saya hanya menumpukan kepada diri saya pada tahun ini dan cuba mencatat kejayaan, jadi ia masih terlalu awal untuk musim ini, perkara seperti ini, saya tidak terlalu fikirkan pada ketika ini.”

    Verstappen, 23, dianggap sebagai salah seorang daripada pemandu yang mungkin menamatkan hegemoni Hamilton di Formula Satu ketika musim 2021 dilihat tidak menentu, dengan ujian di Bahrain yang akan bermula dalam tempoh dua minggu.

    Pemandu kelahiran Belanda menamatkan kedudukan ketiga di kejuaraan musim lalu, memenangi dua perlumbaan GP dan mengumpul 11 kedudukan podium, sementara bekas rakan sepasukannya, Alexander Albon tidak mampu mengalahkan dua pertiga rekod tersebut.

    Red Bull menamatkan di kedudukan kedua dalam kejuaraan, 254 mata di belakang pasukan juara Mercedes dan Verstappen berharap kereta baharu RB16B yang dilancarkan minggu ini mampu merapatkan jurang tersebut.

    “Dengan Mercedes mendominasi kejohanan menuju penghujung musim, kami menyedari apa yang perlu diperbaiki,” kata Verstappen.

    “Lebih kawalan, lebih kuasa, ia nampak meyakinkan tetapi ia tidak masuk akal sekarang, perkara paling penting adalah kembali ke litar di Bahrain dan belajar sebanyak yang kami mampu.” – AFP

    Pemandu Red Bull, Max Verstappen berkata dia tidak terfikir untuk menggantikan tempat Lewis Hamilton di Mercedes. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda