Sabtu, 22 November 2025
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Vespa vintaj diubah jadi versi elektrik

    JAKARTA – Apabila eksekutif Indonesia Heret Frasthio menunggang VL Vespa antik 1957 miliknya, cat putihnya mengelupas, asap dan dengungan biasa skuter yang bebas itu tidak dapat dilihat atau didengari.

    Kenderaan dua roda itu hanyalah salah satu daripada model vintaj yang ditukar oleh syarikatnya ketika ia cuba mengubah rasa cinta terhadap ikon Itali itu menjadi projek mesra alam.

    Indonesia telah lama dibelenggu pencemaran udara yang sebahagiannya didorong oleh kegemaran penduduknya terhadap kereta dan skuter lama yang tidak cekap, termasuk hampir satu juta Vespa setakat 2022, menurut Kelab Vespa negara itu.

    “Vespa mempunyai reka bentuk yang unik. Ia mempunyai nilai sejarah dan nostalgia. Ia bukan hanya sekadar kenderaan, ia juga merupakan fesyen,” kata Frasthio, Ketua Eksekutif Elders, yang menukar basikal lama kepada kenderaan elektrik.

    Pemimpin-pemimpin negara sedang mendesak lebih banyak kenderaan elektrik (EV) di jalan rayanya, de-ngan sasaran 13 juta motosikal elektrik menjelang 2030 jauh lebih banyak daripada jumlah semasa iaitu 160,000, menurut data Kementerian Pengangkutan.

    Seorang mekanik memasang meter laju digital pada Vespa elektrik. – AFP
    Seorang mekanik bersedia untuk memasang bateri pada Vespa yang telah diubah kepada skuter elektrik di bengkel Elders di Jakarta. – AFP
    Seorang pekerja memeriksa sebuah Vespa yang telah diubah kepada skuter elektrik di bengkel Elders. – AFP
    Heret Frasthio bergambar bersama Vespa yang telah diubah kepada skuter elektrik. – AFP
    Sekumpulan penggemar Vespa menunggang di jalan Jakarta. – AFP
    Lambang ‘electric’ ditambah pada skuter elektrik Vespa. – AFP
    Gambar AFP
    Gambar AFP

    Namun Elders memainkan peranannya dalam apa yang diharapkan oleh kerajaan akan menjadi peringkat awal revolusi kenderaan elektrik.

    Frasthio berkata firma itu telah menukar dan menjual kira-kira 1,000 buah Vespa di seluruh negara sejak penubuhannya pada 2021 dan suatu hari nanti berhasrat untuk membangunkan skuter elektriknya sendiri.

    Setelah ditukar, bateri elektrik Vespa yang dicas penuh boleh bertahan 60 hingga 120 kilometer, dan sehingga 200 kilometer untuk bateri yang dinaik taraf.

    “Vespa elektrik ini boleh menjadi penyelesaian bagi negara yang memerlukan pelepasan rendah daripada motosikal,” kata Frasthio.

    SUMBANGAN BERSIH

    Namun harga kekal menjadi batu penghalang utama dalam ekonomi terbesar Asia Tenggara itu.

    Vespa sederhana yang menjadi kebanggaan Frasthio berharga AS$34,000 untuk dibeli sebelum ditukar kepada versi elektrik.

    Vespa Elettrica baharu yang diimport dari Itali boleh menelan kos 198 juta rupiah (AS$11,750) dan syarikat Eropah itu telah pun menjual rangkaian skuter elektrik di benua itu.

    Namun bagi mereka yang ingin mengekalkan gaya retro, terdapat kit untuk ditukar daripada skuter vintaj kepada elektrik yang berharga antara AS$1,500 dan AS$3,900, kata Frasthio.

    Peluang pertukaran amat menarik pelanggan yang mahukan perjalanan yang bergaya tanpa menyumbang kepada pencemaran bunyi dan udara.

    Salah seorang daripada mereka ialah Hendra Iswahyudi, yang membeli sebuah Vespa yang telah ditukar daripada firma Frasthio, mengenangkan kembali usaha menunggang model lama ketika masih pelajar.

    “Awda akan menghidupkan alat pencucuhan dan mandi sementara menunggu enjin bersedia,” kata lelaki berusia 56 tahun itu.

    Menunggang Vespa antik dari tahun 1960an tanpa pencemaran dan bunyi bi-sing dalam lalu lintas sesak di Jakarta juga telah mendorong orang ramai berasa ingin tahu.

    “Orang yang sukakan Vespa datang melihat lebih dekat dan memberitahu saya skuter saya nampak unik,” katanya.

    Penjawat awam itu menyokong industri khusus untuk menukar skuter, walaupun kerajaan merancang untuk meletakkan armada kenderaan elektrik baharu di jalan raya.

    “Saya berasa selesa menunggang Vespa. Saya rasa saya telah menyumbang kepada udara bersih,” katanya.

    NOSTALGIA

    Namun kerinduan terhadap kenangan nostalgia Vespa asli menghalang sesetengah orang daripada meneroka pilihan yang lebih bersih, sebaliknya memilih untuk mengekalkan deruman enjin yang lebih lama.

    “Saya lebih suka Vespa tulen dengan bunyi asalnya kerana itulah yang menjadikannya unik. Awda boleh mendengarnya dari jauh,” kata Muhammad Husni Budiman, pencinta Vespa antik.

    “Ia bersifat klasik dan nostalgia.”

    Usahawan berusia 39 tahun itu jatuh cinta dengan Vespa antik sejak muda dan mula mengumpul beberapa buah dari tahun 1960an dan 70an.

    Pada 2021, beliau menubuhkan kelab Vespas yang berpangkalan di Jakarta yang dikeluarkan pada tahun 1960an yang kini mempunyai ratusan ahli.

    Meskipun mencuba Vespa elektrik, kelab Budiman adalah khusus untuk mereka yang menggemari model asli.

    Frasthio sedar bahawa sesetengah peminat Vespa seperti Budiman akan berasa ragu-ragu atau teragak-agak tentang penggunaan EV.

    Namun dia cepat menyangkal teori bahawa syarikatnya meletakkan skuter konvensional yang dipuja mereka dalam imej yang tidak baik.

    “Kami tidak berhasrat memberi syarahan kepada sesiapa mengenai isu pencemaran,” katanya.

    “Kami hanya menawarkan, bagi mereka yang tidak biasa dengan motosikal manual, bahawa motosikal elektrik boleh menjadi penyelesaian.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda