Ahad, 23 November 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Veteran 90’S anjur sesi taklimat dan undian

    Oleh Nurdiyanah R. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 JULAI – Sebagai persediaan menjelangnya Kejohanan Bola Sepak 9’S Veteran Tahun 2025 anjuran Veteran 90’S sekitar hujung bulan ini, ahli jawatankuasa Veteran 90’S dan pengurus-pengurus pasukan bola sepak telah mengadakan sesi taklimat ringkas dan undian kumpulan bertempat di FABD House, baru-baru ini.

    Dalam pada itu, Awang Abdul Latip bin Haji Omar selaku pengerusi majlis berkenaan, antaranya menjelaskan bahawa kejohanan bola sepak itu merupakan anjuran Veteran 90’S buat julung kalinya yang mana sebanyak 16 pasukan bakal bersaing secara keseluruhannya. Terdiri daripada empat kumpulan iaitu Kumpulan A, Kumpulan B, Kumpulan C dan Kumpulan D yang mana setiap kumpulan terdiri daripada empat buah pasukan.

    Bagi perlawanan peringkat liga kumpulan akan diadakan pada 20 Julai bertempat di Padang Sungai Asam A dan B bermula dari jam 8 pagi hingga 4 petang. Manakala bagi peringkat suku akhir, separuh akhir, penentuan tempat ketiga dan keempat serta peringkat akhir juga akan diadakan pada 20 Julai bertempat di Padang Kompleks Sukan Berakas @ Padang Kebajikan A bermula jam 7 malam.

    Kejohanan berkenaan akan menyaksikan sesi penyampaian hadiah sebagai acara kemuncak.

    Ahli jawatankuasa Veteran 90’S dan pengurus-pengurus pasukan bola sepak bergambar ramai semasa berakhirnya sesi taklimat ringkas dan undian kumpulan sebagai persediaan menjelangnya Kejohanan Bola Sepak 9’S Veteran anjuran Veteran 90’S sekitar hujung bulan Julai ini. – GAMBAR SERAHAN VETERAN 90’S
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda