JIUQUAN, 23 APRIL – China mengumumkan hari ini seorang angkasawan veteran akan mengetuai dua kru kapal dalam penerbangan pertama mereka ke stesen angkasa Tiangong, pencapaian terbaharu dalam persaingan negara itu untuk menghantar misi kru angkasawan ke bulan menjelang 2030.
Misi Shenzhou-20 dijadualkan terbang esok pada 5:17 petang dari Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan di barat laut China, Lin Xiqiang, Timbalan Pengarah Agensi Kru Angkasawan China, mengumumkan pada sidang media.
Bercakap mengenai misi Shenzhou esok – yang akan menjadi misi ketiganya –Chen berkata dia masih teruja.
“Setiap perjalanan angkasa adalah sangat unik, jadi saya berharap untuk membawa lebih banyak pengalaman dan kejayaan dalam penerbangan,” kata ketua misi itu.
Menyertai Chen ialah dua lagi angkasawan lelaki iaitu bekas juruterbang tentera udara berusia 40 tahun, Chen Zhongrui; bekas jurutera teknologi angkasa lepas berusia 35 tahun, Wang Jie.
Kedua-duanya akan memulakan penerbangan angkasa lepas pertama mereka, kata Lin.”Hari ini, saya berada pada tahap merealisasikan impian untuk terbang di angkasa lepas,” kata Chen Zhongrui pada sidang media yang dianjurkan kelmarin untuk memperkenalkan angkasawan kepada orang ramai.
“Sejujurnya, ketika kami mula berlatih bersama, kami masih berasa sedikit gementar,” katanya mengenai dirinya dan Wang. – AFP
