Saturday, May 10, 2025
27 C
Brunei

    Berita Terkini

    Veteran masih berbisa

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Sept – Pasukan PSJD Veteran Brunei telah meraih Juara Plate setelah memasuki ke peringkat Plate Championship bagi Kejohanan Piala Datuk Soh Chin Aun Unity Challenge 2018, yang berlangsung di Stadium Hang Tuah Melaka, Malaysia kelmarin.

    Pasukan PSJD Veteran Brunei pada mulanya diletakkan dalam Kumpulan A bersama Pasukan Lagenda FC A, Arena FM FC, dan TKFC Singapura di mana PSJD telah mendapat tempat ketiga dalam kumpulan tersebut dengan meraih satu kemenangan menentang Arena FM FC.

    Mereka kemudiannya dile-takkan ke peringkat Plate Championship bertemu dengan Port Ranger FC, Royal SG Ujong Club, dan Farrer Park Dynamos FC.

    Dengan keyakinan yang terdapat dalam diri mereka, PSJD Veteran Brunei telah menewaskan ketiga-tiga pasukan berkenaan, menang 2-0 menentang Port Rangers FC, menang 3-0 menentang Royal Sg Ujong Club dan terakhir menang ke atas Farrer Park Dynamos FC dengan jaringan 1-0.

    Dengan ketiga-tiga kemenangan tersebut, PSJD Veteran Brunei menjadi juara bagi Plate Championship dalam Kejohanan Piala Datuk Soh Chin Aun.

    Pasukan PSJD Veteran Brunei bergambar ramai bersama pingat dan piala juara Plate Championship.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda