Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Vietnam alami kerosakan susulan taufan Kalmaegi

    HANOI, 7 NOV- Taufan Kalmaegi mendarat di bahagian tengah Vietnam pada malam kelmarin, membawa hujan lebat serta angin kencang yang menyebabkan kerosakan meluas, menurut portal media tempatan VNExpres..

    Taufan itu menumbangkan pokok, merosakkan bumbung dan memecahkan tingkap bangunan di beberapa kawasan. Gangguan bekalan elektrik turut dilaporkan di beberapa wilayah, menjejaskan ratusan ribu isi rumah.

    Sementara itu, operasi mencari tiga nelayan yang dilaporkan hilang di luar pesisir Pulau Ly Son di wilayah Quang Ngai sedang dijalankan selepas kapal mereka terbalik akibat laut bergelora, menurut VNExpress.

    Pihak berkuasa tempatan berkata pasukan penyelamat menerima banyak panggilan kecemasan daripada penduduk yang melaporkan kejadian bumbung rumah runtuh dan banjir, manakala angin kencang menghalang usaha tindak balas segera. – Bernama

    Tiang lampu runtuh akibat angin kencang menjelang ketibaan Taufan Kalmaegi berhampiran pantai Quy Nhon di wilayah Gia Lai di tengah Vietnam kelmarin.- AFP
    Kerosakan dalam sebuah hotel berhampiran pantai Quy Nhon ketika Taufan Kalmaegi melanda wilayah Gia Lai di tengah Vietnam kelmarin. – AFP
    Kerosakan yang disebabkan oleh taufan Kalmaegi di kawasan pantai Quy Nhon di wilayah Gia Lai, Vietnam tengah hari ini.-AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda