MONTMELO, Sepanyol, 28 Feb – Juara dunia empat kali, Sebastian Vettel mengakui dia tidak mempunyai penjelasan mengapa jentera Ferrarinya terbabas daripada litar dan merempuh penghadang litar semasa ujian Formula Satu semalam.
Jentera pemandu dari Jerman itu ditutup dan ditunda selepas kemalangan yang menangguhkan sesi tersebut sehingga 45 minit.
“Kami tidak tahu,” kata Vettel apabila ditanya mengapa Ferrari yang dipandunya terbabas daripada litar pada Turn Three dengan kelajuan sekitar 150mph (241km/h).
“Terdapat masalah dengan bahagian pemecut. Saya tidak mengawal kereta tersebut, jadi kami cuba untuk memahami apa yang berlaku. Ia tidak sesuai.
“Selepas impak tersebut, terdapat banyak kerosakan yang perlu kami perbaiki.”
Kemalangan Vettel dan penyiasatan selepas itu menyebabkan rakan sepasukan Ferrari, Charles Leclerc tidak dapat untuk merekodkan masa.
Di sebalik kemalangan itu, Vettel masih mampu untuk mencatatkan masa ketiga terpantas pada hari tersebut dengan 1 miit 18.95saat dari 40 pusingan.
Carlos Sainz, yang memandu McLaren, adalah yang terpantas, mencatatkan masa 1:17.166 daripada 130 pusingan dengan Sergio Perez dari Mexico ketiga terpantas bagi Racing Point dengan masa catatan 1:17.962 setelah melengkapkan 88 pusingan.
Rakan sepasukan Sainz, Lando Noriss mengungguli carta masa pada Selasa lalu.
Sementara itu, juara dunia, Lewis Hamilton mencatatkan masa kesembilan terpantas dengan Mercedes mencatat masa terbaik 1 minit 18.943saat selepas 102 pusingan.
“Kami mencatat banyak pusingan hari ini yang mana ia adalah perkara yang bagus, tetapi kami berdepan dengan beberapa halangan, jadi kami perlu melaluinya, cuba untuk melakukan sebaik yang mungkin untuk memahami puncanya, ia adalah tujuan ujian ini dijalankan,” kata Hamilton. – AFP