MONTMELO, 28 Feb – Pemandu Ferrari, Sebastian Vettel yang memandu Ferrari F1 terbarunya telah merekodkan masa terpantas pada hari kedua ujian pra musim Formula Satu (F1), mengetepikan saingan daripada pemandu Mercedes, Valtteri Bottas.
Vettel 0.303saat lebih pantas daripada Bottas dalam keadaan cuaca sejuk itu, sementara McLaren yang dipandu Stoffel Vandoorne berada di kedudukan ketiga sebelum ujian terpaksa dihentikan kerana salji tebal di Litar Catalunya.
Disebabkan keadaan cuaca membeku, kesemua masa terpantas direkodkan semasa keadaan cuaca baik.

“Masa terpantas dalam dua hari ujian, menamatkan pusingan terbanyak, kelajuan maksimum, hari yang hebat di pejabat,” kata Vettel.
Pemandu muda dari Belanda, Max Verstappen dari Red Bull berada di kedudukan keempat, sementara pemandu Renault, Carlos Sainz Jr di kedudukan kelima dengan 1.539 saat.
Robert Kubica, yang kembali ke F1 tujuh tahun selepas satu kemalangan teruk, meraih kemenangan kecil dengan mengatasi pemandu Williams, Sergey Sirotkin dengan 0.332saat. – AFP