MIAMI, 6 MEI – Sebastian Vettel belum bersedia untuk menerima tempat kedua terbaik ketika dia memikirkan bab terakhir dalam kariernya yang bersejarah itu.
Legenda Jerman itu, memberitahu AFP menjelang Grand Prix Miami hujung minggu ini, sedang memikirkan masa depannya, dengan kereta Aston Martin miliknya gagal mencabar pasukan seperti Ferrari dan bekas pasukan Red Bull selepas permulaan mengecewakan pada kempen 2022.
Juara dunia empat kali, Vettel kali terakhir memenangi perlumbaan di Singapura pada 2019 dan hanya memperoleh empat mata setelah terlepas dua perlumbaan pertama musim ini selepas dijangkiti COVID.
Dia tidak menamatkan saingan di Australia tetapi menduduki tempat kelapan di Imola dua minggu lalu.
Vettel, yang menyertai Aston Martin pada 2021, mempunyai perjanjian yang akan tamat pada penghujung kempen ini dan dengan pelumba berusia 34 tahun itu semakin berminat dalam isu alam sekitar dan sosial, kehidupan selepas perlumbaan masih dalam pertimbangan beliau. – AFP
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2022/05/P23-4a_07052022.jpg)