Tuesday, May 13, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Vettel tawan litar Monaco

    MONACO, 29 Mei – Sebastian Vettel meraih kemenangan satu-dua buat Ferrari dalam Grand Prix Monaco ke-75 bagi melebarkan lagi pendahuluannya ke kejuaraan dunia kepada 25 mata ke atas Lewis Hamilton.

    Mendapatkan kelebihan sepenuhnya daripada rakan sepasukannya, Kimi Raikkonen, yang kelihatan murung, yang mendahului perlumbaan sehingga satu perhentian pit, juara empat kali itu mendahului warga Finland itu dengan 3.1 saat dalam kemenangan hebat di Mediterranean.

    Kejayaan Vettel merupakan kemenangan pertama Ferrari di sana dalam tempoh 16 tahun sejak juara tujuh kali, Michael Schumacher memenanginya pada 2001.

    Ia juga adalah satu-dua ke-82 sejarah pasukan itu.

    Ia juga merupakan kemenangan kedua bagi pemandu Jerman berusia 29 tahun itu, kemenangan ketiganya tahun ini dan yang ke-45 dalam kerjayanya, melonjakkannya kepada 25 mata di depan pemandu Mercedes dalam pemburuan gelaran.

    Sebastian Vettel dari Ferrari memegang trofi kemenangannya selepas menamatkan perlumbaan Formula Satu Grand Prix Monaco di tempat pertama. – AFP
    Sebastian Vettel dari Ferrari memegang trofi kemenangannya selepas menamatkan perlumbaan Formula Satu Grand Prix Monaco di tempat pertama. – AFP
    Pemandui Ferrari, Kimi Raikkonen (7) mendahului pelumba lain dalam di awal persaingan dalam perlumbaan Formula Satu Grand Prix Monaco. – AP
    Pemandui Ferrari, Kimi Raikkonen (7) mendahului pelumba lain dalam di awal persaingan dalam perlumbaan Formula Satu Grand Prix Monaco. – AP

    Vettel kini mempunyai 129 mata selepas enam pusingan di depan Hamilton yang setakat ini mempunyai 104 mata.

    “Ya, ya, ya,” teriak Vettel selepas memenangi perlumbaan sebelum mengucapkan terima kasih kepada pasukannya.

    Namun Raikkonen menunjukkan wajah sugul dan berat mulut berbanding biasa ketika juara 2016 yang sudah bersara, Nico Rosberg menemu bualnya di podium.

    “Sebenarnya sukar untuk menjelaskannya,” katanya apabila ditanya mengenai perasaannya. “Ia tempat kedua dan ia tidak rasa bagus. Kadangkala inilah yang berlaku.”

    Pemandu dari Australia, Daniel Ricciardo, yang tidak bernasib baik untuk menang tahun lepas, mengakhiri tempat ketiga untuk Red Bull, meskipun melanggar penghalang di Ste Devote, berada di depan Valtteri Bottas (Mercedes) dan pemandu dari Belanda, Max Verstappen (Red Bull).

    “Saya tidak menyukainya!” kata Ricciardo. “Saya tidak pasti jika saya merosakkan sesuatu. Tayar-tayar ini seperti anda memandu di atas ais.”

    Sementera Vettel menambah: “Ia luar biasa. Ini adalah satu perlumbaan yang tegang.

    Saya telah berharap untuk mendapat permulaan awal, tetapi Kimi mempunyai permulaan yang sangat baik jadi saya perlu bersabar.

    “Ia adalah sangat istimewa untuk menang di sini dan kami akan mempunyai malam yang seronok, kemudian baru kami membuat persiapan untuk Kanada.” Kegembiraan Vettel kelihatannya tidak dikongsi bersama Raikkonen, yang berterusan mengelak temu bual selepas perlumbaan, dan dalam beberapa soalan khusus, dia akui bahawa ia adalah bukan ideanya untuk berhenti untuk pit ketika dia mendahului perlumbaan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda