Monday, May 12, 2025
31.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Victor Moses perancang utama Nigeria

    ABUJA, 30 Mei – Bintang Chelsea, Victor Moses akan menjadi tumpuan bagi skuad Nigeria pada aksi Piala Dunia di Rusia setelah memberi inspirasi kepada negaranya untuk layak bagi kemunculan keenam mereka di final.

    Pemain sayap kanan Chelsea dan pemain sayap Super Eagles, Moses melalui banyak peristiwa pada 2017.

    Selepas dipinjamkan kepada Stoke City, Liverpool dan West Ham United dalam tiga musim kebelakangan, Antonio Conte telah menyerahkan bintang Nigeria itu satu peluang untuk bertapak di Stamford Bridge bagi musim 2016/2017.

    Moses mengambil peluang itu secara terbuka meskipun dia beraksi pada kedudukan sayap kanan yang tidak biasa baginya.

    Dia beraksi pada 34 perlawanan dan menjaringkan empat gol sementara Chelsea menjuarai gelaran Liga Perdana buat kali ketiga tahun lalu dan lima bulan kemudian menjadi sebahagian skuad Super Eagles yang layak bagi Piala Dunia.

    Moses (kiri) cuba mendapatkan bola ketika dihalang oleh Ashley Young dari Manchester United ketika pertemuan Chelsea dan Manchester United ketika final Piala FA di Stadium Wembley, London, England pada 19 Mei yang lalu. – AP

    Dia menamatkannya sebagai penjaring pendahulu Nigeria dalam saingan kelayakan bersama tiga gol dan digambarkan sebagai seorang berkelas dunia oleh jurulatih Gernot Rohr.

    “Dia adalah seorang pemain kelas dunia dan anda boleh bergantung ke atasnya pada bila-bila masa ketika dia beraksi,” kata Rohr.

    “Dia merupakan seorang pemain yang paling mengagumkan dalam pasukan saya. Dia beraksi dengan cepat dan saya harap dia tidak mendapat cedera sebelum Piala Dunia di Rusia. Saya mempunyai keyakinan penuh kepadanya.”

    Bintang penyerang Odion Ighalo berkata Moses adalah sumber inspirasi baginya.

    “Victor Moses boleh membuat hantaran pada bila-bila masa dan tempat. Dia menjaringkan gol, mengelecek pertahanan dan memberikan kemenangan untuk pasukan. Kami perlukan dia bagi Piala Dunia kerana dia boleh melakuakan sesuatu yang luar biasa di Piala Dunia,” katanya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda