Sabtu, 22 November 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Victoria Beckham guna rawatan laser RM10,000

    Bekas anggota kumpulan Spice Girl iaitu Victoria Beckham memaklumkan dirinya tidak akan dimamah usia disebabkan menjalani rawatan wajah.

    Menerusi perkongsian di Instagram, isteri kepada pemain bola sepak terkenal, David Beckham itu mendedahkan melakukan rawatan laser di Ghavami Plastic Surgery di Los Angeles.

    Kata Victoria, rawatan tersebut menelan belanja RM10,000 bagi satu sesi.

    Victoria juga memaklumkan bahawa doktor yang merawatnya meyakinnya bahawa wajahnya tidak akan dimamah usia seperti wanita lain.

    “Kita tidak boleh undurkan masa tapi kita boleh hentikannya, jadi awda tidak akan menenua dengan rawatan ini.

    Victoria cuba rawatan laser untuk hentikan penuaan. – Agensi

    “Saya pun begitu teruja mendengarnya daripada doktor yang merawat saya,” katanya.

    Bintang berusia 48 tahun itu juga memaklumkan bahawa dia terpaksa menjaga pemakanan dan tidur yang cukup untuk mendapatkan kulit seperti yang dia mahukan sebelum ini.

    Malah terpaksa memakai pelbagai jenis barang penjagaan kulit namun hasilnya tidak seperti diharapkan.

    Kata Victoria, rawatan yang dilakukan itu benar-benar memberi kesan pada wajah dan kulitnya.

    “Saya dah cuba pelbagai perkara termasuk menggunakan barang penjagaan kulit mahal tetapi tidak membuahkan hasil namun selepas mendapatkan rawatan di Ghavami saya dapat rasa perbezaan di wajah dan kulit,” kongsinya. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda