Monday, February 3, 2025
27.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Victoria Beckham simpan rahsia besar daripada David Beckham

    Nampaknya Victoria Beckham tidak bersikap jujur mengenai hubungannya dengan suami menerusi dokumentari Beckham yang disiarkan sebelum ini.

    Memetik dari mStar, menerusi temu bual bersama majalah Allure, Victoria mendedahkan suaminya, David Beckham tidak pernah melihat beliau tanpa bulu kening semenjak mereka berkahwin pada 1999.

    Secara berjenaka, Victoria memberitahu David mungkin akan memfailkan cerai terhadapnya jika bekas pemain bola sepak itu mengetahui mengenai perkara tersebut.

    “David tak pernah melihat saya tanpa bulu kening… Jujurnya beliau akan memfailkan cerai terhadap saya,” katanya.

    Dalam pada itu, bekas anggota kumpulan Spice Girls itu turut menyangkal pernah melakukan pembedahan plastik pada bahagian hidungnya.

    Kata Victoria, jika diamati hidungnya sentiasa kelihatan sama sejak di awal kemunculan dalam bidang seni lebih 25 tahun lalu.

    “Saya tidak pernah melakukan pembedahan hidung! Hidung saya memang kelihatan begini sejak dulu lagi,” jelasnya.

    Sebelum ini, Victoria mengakui pernah melakukan pembedahan plastik pada bahagian payudara dan menyesali keputusan itu.

    Bagaimanapun, beliau sudah pun membuang implan tersebut pada tahun 2014. – Agensi

    Victoria menyimpan rahsia terhadap David sejak mereka berkahwin pada 1999. – Vanity Fair
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda