Tuesday, May 13, 2025
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    Victoria selesa ditemani anak ke minggu fesyen

    PENYANYI dan pereka fesyen Victoria Beckham menghadiri Minggu Fesyen Paris ditemani anak sulungnya, Brooklyn Beckham pada baru-baru ini selepas dia menyangkal dakwaan bakal bercerai dengan David Beckham.

    “Terima kasih Brooklyn kerana menjadi teman saya hari ini,” tulis Victoria di Instagram.

    Victoria yang juga ibu kepada tiga lagi cahaya mata iaitu Romeo, 15, Cruz, 13, dan Harper, 6, menggayakan blaus berwarna biru dipadankan dengan seluar merah manakala Brooklyn tampil dengan gaya streetwear pada acara itu.

    Sebelum ini, Victoria secara terbuka memberitahu bukan mudah untuknya membahagikan masa sebagai seorang ibu, isteri dan kariernya namun dia sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik.

    “Ia bukan mudah untuk menjadi ibu dan isteri terbaik,” katanya. – Agensi

    Victoria Beckham menghadiri Minggu Fesyen Paris ditemani anak sulung-nya, Brooklyn Beckham.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda