Monday, December 2, 2024
25.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Vida mengaku pelajar untuk dapat diskaun

    Usahawan sensasi Malaysia, Datuk Seri Vida meluahkan rasa tidak puas hati dikenakan caj yang tinggi selepas menaiki beca di London.

    Kata Vida atau Hamiza Othman, 53, pada awalnya dia dikenakan harga sebanyak 235 pound sterling bersamaan RM1,300, namun mendapat diskaun selepas memberitahu dirinya seorang pelajar.

    “Dia tipu saya dengan kenakan caj sebanyak RM1,300 untuk pusing kota London tak sampai 10 minit.

    “Tapi bila kata saya pelajar di sini dapatlah diskaun jadi 200 pound sterling (RM1,110).

    “Memang tak puas hati bagi harga sebegitu, kalau setakat RM200 okaylah juga, lepas ini nak naik kena tanya harga dulu,” katanya.

    Vida tak puas hati dikenakan caj yang tinggi selepas menaiki beca di London. – mStar

    Vida meluahkan rasa tidak puas hati itu menerusi hantaran di Instagram pada petang Jumaat.

    Menurut mStar, Vida berkata dia tidak menyangka akan dikenakan caj yang tinggi.

    Malah, semasa menaiki beca itu juga dia berasa hairan kerana diperhatikan oleh ramai orang.

    “Sebelum saya nak naik itu masih gembira nak pusing-pusing kota London.

    “Tapi selepas itu saya rasa pelik selepas semua orang pandang saya menaiki beca itu.

    “Patutlah tiada siapa yang naik rupanya mereka kenakan caj yang sangat tinggi,” jelasnya.

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terkejut dengan harga dikenakan penarik beca kepada usahawan itu.

    “Masya-Allah mahalnya kena caj sebab naik beca.

    “Gila tinggi harga dia minta, baik beli makanan.

    “Kalau macam itu harga dia memang takkan naik langsung,” tulis warganet. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda