Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Vida tenang hadapi ujian, anggap anak-anak harta dunia akhirat

    Usahawan sensasi Datuk Seri Vida terus menunjukkan sikap tenang berdepan isu harta miliknya yang dilelong pada 30 November lalu selepas berhutang lebih RM1 juta dengan syarikat Ah Design Communication.

    Meskipun berdepan dengan pelbagai ujian, Vida atau Hasmiza Othman, 54, menegaskan bahawa kebahagiaan sebenar baginya bukan diukur dengan harta benda sebaliknya melalui kasih sayang dan kehadiran kedua-dua anaknya, Cik B dan Kacak.

    “Harta dunia akhirat ada Cik B dan Kacak,” katanya.

    Vida menulis perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya kelmarin.

    Dalam perkongsian dibuat, Vida turut berkongsi video memaparkan dia sedang membeli-belah bersama anak-anaknya di sebuah butik jenama mewah.

    Ia sekali gus memberi gambaran bahawa walaupun menerima kritikan dan kecaman di media sosial, dia tetap menikmati saat-saat indah bersama keluarga.

    Menerusi video itu, Vida menulis kapsyen yang seakan membalas reaksi warganet sebelum ini.

    “Padan muka harta kena lelong dah tak boleh riak,” tulisnya.

    Pada 30 November lalu, proses lelongan barangan milik Vida akhirnya berjaya dilaksanakan oleh syarikat Ah Design Communication selaku penuntut hutang selepas hampir setahun tertangguh.

    Difahamkan, seorang usahawan bernama Norzamri Abdullah berjaya membida keseluruhan 727 barangan yang disita di banglo Vida dengan jumlah RM1 juta. – Agensi

    Vida bahagia bersama anak-anak. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda