Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Video abang bomba pujuk anjing ‘merajuk’ tular

    PETALING JAYA, 13 JAN – Profesion sebagai bomba boleh memberi banyak tekanan, cabaran dan berbahaya, namun mereka kadangkala berdepan situasi yang menggelikan hati semasa menjalankan tugas.

    Satu video mengenai seekor anjing yang secara tidak sengaja terperangkap di belebas sebuah bangunan telah tular di media sosial.

    Dalam video berdurasi 37 saat yang dimuat naik oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia itu, seorang anggota bomba dilihat cuba memujuk anjing berkenaan dengan makanan sebaliknya ia mengalih pandangan ke arah dinding seolah-olah tidak mempedulikannya.

    Sebilangan orang menyamakan anjing itu seperti “teman wanita merajuk” yang bersikap dingin terhadap pasangan.

    Pengguna-pengguna Facebook memuji abang bomba berkenaan menyelamatkan nyawa, tanpa mengira sama ada misi mereka melibatkan manusia atau haiwan.

    Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, Saadon Mokhtar berkata insiden itu berlaku sekitar 3 petang 11 Januari lalu di Teluk Kumbar, Balik Pulau.

    “Kami menerima panggilan mengenai seekor anjing liar yang tersekat di tingkat tujuh sebuah pangsapuri di Jalan Teluk Kumbar.

    “Mereka berjaya menangkap anjing berkenaan dan membawanya ke tempat selamat. Ia kemudian dilepaskan,” katanya. – ANN/The Star

    Anggota bomba dilihat cuba memujuk anjing yang tersekat di belebas sebuah bangunan. – ANN/The Star
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...