Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Video digital ambil alih televisyen?

    SAN FRANCISCO, 15 FEB – Buat pertama kalinya, orang dewasa Amerika Syarikat (AS) akan meluangkan lebih banyak masa pada tahun ini menonton video digital di platform seperti Netflix, TikTok dan YouTube daripada televisyen biasa, menurut ramalan Insider Intelligence hari ini.

    Dalam detik bersejarah, penjejak pasaran itu menjangka ‘televisyen biasa’ menyumbang kurang separuh daripada tontonan harian, mencatat masa berkurangan tiga jam sementara tontonan video digital harian secara purata meningkat kepada 52.3 peratus pada 3 jam dan 11 minit.

    “Peristiwa penting ini didorong oleh orang awam menghabiskan semakin banyak masa menonton video di skrin besar mahupun kecil, sama ada ia merupakan drama di TV atau klip tular di telefon pintar,” kata penganalisis Insider Intelligence, Paul Verna dalam satu kenyataan.

    “Berdasarkan pilihan remaja terhadap video sosial dan penstriman berbanding televisyen, kami boleh menjangkakan trend berkenaan semakin beralih kepada digital.”

    Netflix dan YouTube merupakan pesaing sengit apabila ia membabitkan tarikan penonton video digital, dengan orang dewasa AS menggunakan perkhidmatan selama 33 minit secara purata sehari di setiap platform, menurut Insider Intelligence.

    TikTok adalah penjana atau sumber utama dengan jumlah masa purata yang dihabiskan di platform itu setiap hari oleh warga AS telah melonjak mendadak.

    ‘TikTok lawan Netflix akan menjadi trend utama yang diperhatikan tahun ini,” kata penganalisis Insider Intelligence, Jasmine Enberg. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda