Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Video jambatan kedua retak palsu

    BATU KAWAN, 30 OKT – Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) hari ini membuat laporan polis berhubung penularan video mendakwa sebahagian struktur Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (JSAHMS) retak.

    JKSB dalam kenyataan memaklumkan laporan dibuat di Balai Polis Batu Kawan bagi meminta siasatan dilakukan pihak polis terhadap pengguna aplikasi WhatsApp yang menularkan video terbabit.

    “Catatan pada video itu dilihat palsu dan boleh menimbulkan kegusaran serta salah faham dalam kalangan orang awam.

    “Sehubungan itu, JKSB meminta kerjasama semua pihak agar tidak menularkan video berkenaan memandangkan ia adalah maklumat palsu,” menurut kenyataan itu.

    Terdahulu, video berdurasi 28 saat tular di media sosial yang dirakam seorang individu mendakwa struktur JSAHMS retak dan meminta pengguna jambatan itu supaya berhati-hati.

    Bagaimanapun, dakwaan itu dinafikan JKSB berikutan struktur JSAHMS dengan jambatan dalam video berkenaan tidak sama.

    Hasil semakan turut mendapati ia adalah video lama yang berlaku di luar negara sekitar 2014. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...