Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Video jambatan retak bukan di negara ini

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 OKT – Rakaman video tular mengenai kerosakan struktur Jambatan Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien yang tersebar melalui aplikasi-aplikasi media sosial adalah tidak benar dan tidak berasas.

    Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan dalam kenyataannya menjelaskan bahawa pihak jabatan telah melaksanakan pemeriksaan ke atas jambatan berkenaan dan tidak menemui keadaan retak seperti dalam mesej tular tersebut dan mendapati jambatan yang digambarkan dalam mesej tular tersebut bukan berlaku di negara ini.

    Sehubungan dengan itu, jabatan tersebut turut mengingatkan orang ramai perbuatan menyebarkan maklumat yang tidak benar, apatah lagi palsu dan direka oleh mereka yang semata-mata berniat untuk mengelirukan adalah satu kesalahan.

    Sesiapa yang sama ada menggunakan lisan, tulisan atau menggunakan sebarang cara, menyebarkan laporan salah atau membuat kenyataan tidak betul hingga menyebabkan gangguan ketenteraman awam boleh dilaporkan di bawah perundangan Akta Ketenteraman Awam, Penggal 148 Seksyen 34 yang membawa hukuman penjara tiga tahun dan denda sebanyak $3,000.

    Gambar Canva
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda