Single teratas BLACKPINK ‘Ddu-du Ddu-du’ telah mencipta rekod baharu di platform YouTube, menjadi video kumpulan K-pop pertama yang memperoleh lebih 2.1 bilion tontonan, menurut YG Entertainment.
Mula dilancarkan pada 15 Jun 2018, ‘Ddu-du Ddu-du’, yang dipaparkan pada EP Square Up 2018 mereka, telah berjaya menarik perhatian penonton di seluruh dunia, menjadikannya video muzik K-pop yang paling banyak ditonton di YouTube pada tahun yang sama.
Korus lagu dan gerakan tarian yang dinamik melonjakkan popularitinya ke tahap yang tidak pernah berlaku sebelum ini, lapor agensi berita Yonhap.
Di sebalik kejayaan di platform YouTube, single hit itu juga tersenarai di carta Billboard Hot 100, satu rekod yang berjaya dicapai bagi kumpulan wanita K-pop itu.
Sementara itu, penstriman yang luar biasa di Spotify, platform penstriman muzik terbesar di dunia lagu berkenaan telah memperoleh 600 juta stream yang mengagumkan. – Bernama
Ikuti berita lanjut dalam Edisi Selasa (Media Permata)