Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Video kontraktor dipukul bukan berlaku di Brunei

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 APRIL – Insiden pekerja pembinaan mogok di tapak projek Perumahan Negara Kampung Lugu yang berlaku pada 16 April lalu, yang video mengenainya tular di media sosial, adalah disebabkan masalah dalaman syarikat subkontraktor bagi projek berkenaan.

    Jabatan Kemajuan Perumahan (JKP) menjelaskan perkara tersebut dalam kenyataan yang dikeluarkan, di sini, sambil menekankan bahawa ia adalah di luar kawalan jabatan itu.

    Walau bagaimanapun, pihak JKP akan sentiasa memastikan pembayaran kepada kontraktor dilaksanakan tepat pada masanya selaras dengan kemajuan projek dalam memastikan projek berkenaan berjalan dengan lancar dan seterusnya penyiapan pembinaan rumah adalah sepertimana yang dirancang.

    Sementara itu mengenai video yang menunjukkan pekerja pembinaan memukul salah seorang kontraktor, JKP memaklumkan bahawa kejadian tersebut bukannya berlaku di tapak pembinaan berkenaan.

    Ia merupakan insiden yang berlaku di negara lain dan dalam hal berkenaan, JKP menyeru orang ramai supaya tidak menularkan video tersebut dan menyampaikan berita yang tidak tepat.

    Kerjasama daripada orang ramai juga sangat dipohonkan untuk memberigakan berita yang datang daripada sumber yang rasmi sahaja.

    Menyebarkan maklumat palsu adalah satu kesalahan di bawah Bab 34, Akta Ketenteraman Awam, Penggal 148, bahawa sesiapa yang sama ada secara lisan atau secara bertulis atau dengan apa juga cara lain, menyebarkan berita palsu atau membuat kenyataan palsu dan boleh dijatuhkan hukuman denda $3,000 dan penjara selama tiga tahun.

    Bagi mengetahui maklumat kesahi jabatan itu, bolehlah menghubungi Bahagian Pembangunan Masyarakat dan Perhubungan Awam, JKP melalui alamat e-mel info@hdd.gov.bn atau melayari laman sesawang rasmi JKP.

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda