Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Video Luna Maya marahi pekerja tersebar

    Pengacara Indonesia, Melaney Ricardo menyelar tindakan warganet menyebarkan video pelakon Luna Maya sedang memarahi pekerjanya di pejabat, kongsi mStar.

    Melaney berkata, tindakan itu adalah bukti semakin ramai individu yang sanggup melanggar etika demi mencipta kandungan di media sosial.

    “Orang sekarang ini tidak mempunyai etika sama sekali. Semudah itu mereka kongsi video orang lain hanya kerana ingin dapatkan content FYP,” katanya. Melaney berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di TikTok miliknya.

    Dalam pada itu, Melaney dilihat mempertahankan penyanyi tersebut dengan memberitahu bahawa artis juga manusia biasa yang melakukan kesilapan.

    “Sama ada artis, public figure atau pekerja biasa, mereka hanya manusia biasa yang tidak sempurna.

    “Apa yang menjadi kesalahan apabila warganet berfikir artis atau ahli politik itu orang yang suci dan sempurna.

    “Ya tidaklah, nobody’s perfect dude,” ujarnya.

    Mengulas lanjut tentang video tular berkenaan, Melaney memberitahu meskipun terdapat majikan yang memarahi pekerjanya, ia tidak bermakna mereka seorang individu tidak berhati perut. – Agensi

    Luna didakwa memarahi pekerjanya di pejabat. – tribunnews
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda