Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Video muzik Whistle BLACKPINK catat 900 juta tontonan di YouTube

    Video muzik bagi single sulung kumpulan K-pop, BLACKPINK, Whistle melepasi 900 juta tontonan di YouTube, lapor agensi berita Yonhap.

    Video muzik yang dilancarkan pada Ogos 2016 itu, meraih kejayaan tersebut pada 2 petang, menurut agensi kumpulan itu, YG Entertainment.

    Whistle merupakan satu daripada dua lagu utama untuk single sulung kuartet itu, Square One.

    Lagu itu menduduki carta iTunes di 14 negara dan rantau di seluruh dunia, serta carta muzik domestik utama ketika ia dilancarkan.

    Dengan pencapaian itu, kumpulan wanita popular BLACKPINK kini mempunyai 10 video yang mencatat lebih 900 juta tontonan di YouTube.

    BLACKPINK adalah artis muzik dengan pengikut terbanyak di YouTube dengan lebih 94.6 juta pelanggan di perkhidmatan perkongsian video global itu. – Bernama

    Sejak debut pada 2016, BLACKPINK telah menjadi salah satu kumpulan gadis paling berjaya di dunia. – ANN/The Nation
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda