Ahad, 23 November 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Video perusuh arak wanita berbogel cetus kemarahan

    NEW DELHI, 20 JULAI – Video perusuh mengarak dua wanita dalam keadaan bogel di negeri timur laut Manipur yang dilanda keganasan mencetuskan kemarahan di India dan menarik tumpuan lebih lanjut mengenai konflik etnik di wilayah terpencil bersempadan dengan Myanmar.

    Video itu menunjukkan wanita daripada sebuah kumpulan puak minoriti dianiaya dan dirogol beramai-ramai oleh sekumpulan lelaki dari komuniti lain, Meitei.

    “Video ngeri serangan seksual dua wanita dari Manipur wajar dikecam dan sama sekali tidak berperikemanusiaan,” kata seorang menteri dalam kerajaan persekutuan, Smriti Irani semalam.

    Irani berkata Ketua Menteri Manipur, N. Biren Singh telah memaklumkan kepadanya bahawa siasatan sedang dijalankan untuk membawa pelaku ke muka pengadilan.

    Serangan kumpulan perusuh itu dilaporkan berlaku di daerah Kangpokpi pada 4 Mei berikutan pertempuran antara masyarakat majoriti Meitei dan suku kaum lain. – Bernama

    Anggota Kongres Belia India melaung slogan semasa bantahan berhubung keganasan seksual ke atas wanita di negeri Manipur, New Delhi kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda