PENYANYI Seo In Young bertindak memadam semua akaun media sosial miliknya selepas rakaman video dia menggunakan kata-kata kesat ketika berbual menerusi telefon tersebar luas di internet.
Dipetik dari The Korea Times melaporkan tindakannya itu telah menyebabkan dia menjadi sasaran netizen yang menyifatkan perbuatannya itu sebagai melampaui batas dan biadap.
Menerusi video berdurasi 45 saat itu, In Young dikatakan memaki hamun seorang pekerja krew program With You ketika mereka berada di Dubai.
In Young berada di negara berkenaan bagi menjalani penggambaran program realiti itu bersama penyanyi rap Crown J.
Dalam pada itu, salah seorang krew produksi program berkenaan mengaku menyebarkan video berkenaan di Internet.
Malah individu berkenaan turut memberitahu In Young bukan sahaja seorang yang panas baran tetapi juga biadap, degil dan banyak menimbulkan masalah di set penggambaran.
Sementara itu, agensi Star Empire memohon maaf atas perbuatan In Young namun peminat berharap penyanyi itu sendiri berbuat demikian.