Monday, March 27, 2023
25.5 C
Brunei

-

Video tunjuk juruterbang NZ diculik masih hidup

JAYAPURA, INDONESIA, 10 MAC – Pemberontak pemisah di wilayah Papua, Indonesia mengeluarkan lebih banyak gambar dan video hari ini, menunjukkan juruterbang New Zealand yang mereka tangkap sebagai tebusan bulan lalu masih hidup.

Video yang diedarkan oleh jurucakap pemberontak Sebby Sambom itu menunjukkan seorang lelaki yang memakai jaket biru dikenal pasti sebagai Philip Mark Mehrtens dari Christchurch, juruterbang untuk syarikat penerbangan Indonesia, Susi Air, yang diculik oleh pejuang kemerdekaan dari Tentera Pembebasan Papua Barat, sayap bersenjata Pergerakan Papua Merdeka.

Dia duduk di satu blok kayu di atas tanah yang dikelilingi oleh pemisah yang memegang pelbagai senjata, dengan bendera bintang kejora yang menjadi simbol pemisah.

Mehrtens diarahkan membaca kenyataan daripada sekeping kertas yang dipegangnya. Dia berkata juruterbang asing tidak dibenarkan bekerja atau terbang di Papua sehingga ia bebas, dan Pergerakan Papua Merdeka meminta Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu menjadi pengantara rundingan kemerdekaan. – AP

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Menteri luar NZ luah kerisauan terhadap china

BEIJING, 26 MAC - Menteri Luar New Zealand, Nanaia Mahuta telah menyatakan kebimbangan kepada China mengenai sebarang peruntukan bantuan mematikan untuk menyokong Rusia dalam...
- Advertisment -