Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Vidi Aldiano kongsi pengalaman jalani kemoterapi

    Penyanyi dari Indonesia, Vidi Aldiano berkongsi pengalaman menjalani rawatan kemoterapi yang dilakukan baru-baru ini.

    Vidi, 34, atau nama sebenarnya Oxavia Aldiano memuat naik klip video yang dinamakan Spa Day di akuan Instagram miliknya.

    Katanya, rawatan itu adalah sebahagian daripada usahanya untuk sembuh daripada penyakit kanser.

    “Saya berharap dengan usaha dan ikhtiar yang menunjukkan hasil positif ini membuat keadaan kesihatan saya semakin membaik.

    “Walaupun penat dengan rutin harian namun demi kesihatan, saya tetap bersemangat untuk menjalani rawatan pertama saya untuk tahun 2024.

    Walaupun penat dengan rutin harian namun demi kesihatan, Vidi tetap bersemangat. – Harian Metro

    “Saya terus ke hospital untuk mendapatkan rawatan pada pagi itu, walaupun program televisyen berakhir kira-kira jam 1 pagi dan saya tiba di rumah pada jam 3 pagi.

    “Sekalipun sedikit penat namun saya berpuas hati kerana program itu berakhir dengan lancar dan saya juga bersemangat dengan perjalanan kesihatan saya di tahun ini,” katanya memetik laporan Harian Metro.

    Tinjauan di ruangan komen Instagram pelantun lagu Love for U itu, rata-rata peminat mendoakan kesihatan dan mengharapkan ada keajaiban berlaku pada dirinya.

    “Abang Vidi mesti sembuh, selalu semangat,” kata seorang warganet.

    “Semoga Allah selalu memberikan kesihatan untuk Vidi,” tulis seorang peminat lain.

    Untuk rekod, Vidi sebelum ini pernah menjalani pembedahan untuk mengeluarkan sel kanser di Singapura pada Disember 2019 selepas disahkan menghidap kanser ginjal. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...