PELAKON hebat ini ternyata seorang yang sederhana. Vidya Balan yang menyambut hari jadinya yang ke-39 baru-baru ini hanya meraikannya bersama keluarga.
“Setiap tahun, saya menyambut hari jadi dengan cara ringkas saja iaitu dengan keluarga. Ketika masih bujang, saya pernah mengejutkan ibu bapa pada jam 12 tengah malam dan meminta mereka mengucapkan selamat hari jadi dan ia terus menjadi tradisi sehinggalah saya berkahwin.
“Apabila sudah berkahwin, saya menyambutnya dengan suami (Siddharth Roy Kapur) dan kemudian makan tengah hari bersama ibu bapa. Tetapi rasanya, tahun ini saya mahu melakukan sesuatu yang lain,” katanya.
Mengenai kerjaya lakonannya, dia lega kerana filem lakonannya, Tumhari Sulu berjaya mendapat sambutan.
“Saya akan berehat sekejap dan akan mengambil projek baru selepas itu. Saya akan
pilih skrip yang bagus dan watak yang mampu menawarkan skop yang luas kepada saya,” katanya.