KUALA LUMPUR, 28 Feb – Vietjet menjadi syarikat penerbangan pertama di Vietnam yang disenaraikan di Bursa Saham Ho Chi Minh City (HOSE) dengan permodalan yang setara kepada AS$1.2 bilion.
Vietjet dalam satu kenyataan, berkata ia telah menyertai kumpulan ‘VN30’, yang merupakan kumpulan syarikat-syarikat terbesar Vietnam dari segi permodalan pasaran dalam kemunculan pertama kalinya itu. “Ia merangkumi sebanyak 1.5 peratus daripada permodalan HOSE pada 15 Feb 2017,” kata Vietjet. BNP Paribas, Deutsche Bank dan JP Morgan merupakan perunding kerjasama asing antarabangsa bagi Tawaran Permulaan Awam (IPO).
Sebanyak 24 pelabur antarabangsa telah melanggan tawaran Vietjet seperti dana kedaulatan GIC Singapura, Wellington, Morgan Stanley, Dragon Capital, VinaCapital dan banyak lagi.
Vietjet, merupakan syarikat penerbangan komersial milik swasta yang pertama di Vietnam, ia mula menjana keuntungan pada tahun kedua operasi.
Pendapatan Vietjet dalam 2016 adalah sebanyak US$1.21 bilion dengan catatan keuntungan bersih berjumlah AS$105 juta. “Vietjet perlu mengekalkan kadar pertumbuhan yang berterusan meningkat dan kami percaya bahawa ia akan mempunyai masa depan yang cerah dalam penumpang kami, syarikat penerbangan dan para pelabur,” katanya.
Vietjet sedang meneraju jalan dalam menjadi syarikat penerbangan dengan perkhidmatan berkualiti tinggi, pengurusan yang cekap termasuk bagi menjadi sebuah syarikat tersenarai yang memenuhi piawaian dan amalan terbaik di Vietnam dan antarabangsa,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Nguyen Thi Phuong Thao
Sekarang ini, syarikat penerbangan itu mempunyai armada berjumlah 45 pesawat, termasuk A320s dan A321s, serta mengoperasikan lebih daripada 300 penerbangan setiap hari. – Bernama