HANOI, 14 JAN – Vietnam akan mengeksport 1,600 tan beras wangi berkualiti tinggi ke Singapura dan Malaysia, umum Kementerian Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar kelmarin. Sebanyak 450 tan beras Jasmine 85 akan dihantar ke Singapura dengan nilai AS$680 satu tan, sementara 1,150 tan beras wangi ‘Huong Lai’ dihantar ke Malaysia bernilai AS$750 satu tan, lapor