Monday, May 12, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Vietnam anjur ekspo perdagangan

    HANOI, 6 MAC – Pameran perdagangan terbesar di Asia Tenggara, Ekspo Vietnam 2023 akan diadakan di Hanoi dari 5 hingga 8 April yang menyaksikan penyertaan dari 15 negara dan wilayah, lapor Xinhua.

    Diadakan setiap tahun sejak 1991, ekspo itu menjadi platform untuk perniagaan Vietnam mempromosi dan memperkenalkan produk selain perdagangan global. Pameran tahun ini akan menarik lebih 500 syarikat dari 15 negara dan wilayah, menurut pihak penganjur Vinexad Company.

    Acara itu akan melibatkan syarikat daripada pelbagai industri termasuk elektronik, mesin, peralatan dan industri sokongan, teknologi digital dan e-dagang. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda