Tuesday, December 24, 2024
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Vietnam bakal lancar projek laluan kereta api bernilai AS$11.6 bilion

    HANOI, 23 DIS – Perdana Menteri Vietnam, Pham Minh Chinh, mengumumkan bahawa projek laluan kereta api Lao Cai-Hanoi-Hai Phong di utara Vietnam dijangka akan memulakan pembinaan pada akhir 2025 dan dijangka siap sepenuhnya menjelang penghujung 2030, menurut laporan agensi berita Vietnam.

    Dengan panjang hampir 400 kilometer, laluan kereta api itu akan menghubungkan Vietnam dengan rangkaian kereta api di China dan melibatkan pelaburan sekitar AS$11.6 bilion.

    Laluan itu akan melalui sembilan wilayah dan bandar di Vietnam, iaitu Lao Cai, Yen Bai, Phu Tho, Vinh Phuc, Hanoi, Bac Ninh, Hung Yen, Hai Duong dan Hai Phong.

    Semasa memeriksa tapak projek kelmarin, Pham Minh Chinh menekankan pentingnya koordinasi yang rapat antara Kementerian Pengangkutan dengan kementerian, sektor dan pihak berkuasa tempatan yang berkaitan.

    Beliau turut menegaskan bahawa reka bentuk kelajuan kereta api dan lebar landasan mestilah selaras untuk memastikan kesinambungan dan keselarasan dengan rangkaian kereta api di China.

    Menurutnya, kerjasama yang rapat dengan pihak China adalah penting untuk melaksanakan projek itu dengan lancar bagi memastikan penyambungan yang sempurna antara rangkaian kereta api kedua-dua negara. – Xinhua

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda