Thursday, April 24, 2025
29.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Vietnam bangkit untuk perlumbaan ‘off-road’ terbesar

    HANOI – Salah satu perlumbaan yang terbesar dan terkenal di Vietnam, seorang peniaga, Vu Minh Hung mengenakan pakaian berlumba dan menutupi badannya kemudian Vu menggunakan kenderaan besarnya untuk meredah kawasan berlumpur di negara itu. Perlumbaan berlumpur itu merupakan aktiviti perlumbaan yang terkenal dan dimonopoli oleh individu-individu biasa serta tidak ada penampilan pemandu auto yang sudah profesional. Vu Minh Hung merupakan antara 80 peserta yang menyertai perlumbaan itu dan berlangsung di sebuah kawasan trek berbukit di luar bandar Hanoi.

    Tahun ini merupakan perlumbaan kali yang ke-9 diadakan di negara itu dan kali ini, perlumbaan berlumpur ini banyak dimonopoli oleh kaum belia di negara tersebut.

    “Sebenarnya tidak banyak sukan mahupun aktiviti-aktiviti yang mencabar dan meningkatkan daya saing di negara ini dan saya mahu terlibat dalam sukan yang mendebarkan ini yang mana sebelum ini tidak ada peluang dibukakan untuk orang ramai dan pada hari ini, ia telah dibukakan dan saat inilah yang saya nanti-nantikan,” kata Hung lagi kepada wartawan AFP.

    Hung kelihatan bermandi lumpur selepas kakinya dipenuhi dengan kesan tanah namun Hung masih kelihatan sangat gembira mengikuti perlumbaan itu.

    Namun bagi mengikuti perlumbaan, Hung terpaksa mengeluarkan wang yang banyak untuk menyertainya.

    Para peserta perlu berbelanja besar untuk menyertai perlumbaan dengan membawa kenderaan 4×4 serta SUV mereka sendiri. – AFP

    Hung telah membelanjakan sekitar AS$14,000 untuk menyertai perlumbaan ini dan menggunakan kenderaan Ford Rangernya yang bernilai AS$32,000. Hung telah mengubahsuai kenderaannya itu dengan pelbagai bentuk warna walaupun dia menerima bantahan daripada kaum keluarganya.

    “Isteri dan saudara-saudara saya sebenarnya cuba untuk menghalang saya untuk mengikuti aktiviti ini kerana mereka beranggapan bahawa aktiviti ini sangat berbahaya dan juga sangat mahal.

    Namun berbanding sukan ketagihan seorang lelaki, saya fikir hobi saya ini cukup bagus untuk meningkatkan semangat yang sedia ada,” tambah Hung lagi kepada wartawan AFP.

    Elak perkara negatif

    Perlumbaan ini telah bermula di Vietnam di mana bagi seorang pemandu yang sangat aktif dan berbakat dalam perlumbaan akan berpotensi tidak melakukan perkara yang sia-sia dan menjadikan perlumbaan ini sebagai satu aktiviti yang baik dan mengelakkan mereka daripada berkecimpung dalam penyalahgunaan dadah, alkohol dan perjudian haram.

    Walaupun dijalankan jauh daripada kawasan bandar, perlumbaan ini masih lagi tenggelam berbanding minat penduduk terhadap sukan bola sepak kebangsaan negara berkenaan berbanding atlet-atlet yang telah berjaya menyumbangkan emas untuk negara mereka.

    Sebagaimana hobi-hobi yang lain, perlumbaan berlumpur ini masih lagi belum diiktiraf sebagai aktiviti sukan di negara itu dan disebabkan oleh perkara itu, perlumbaan ini langsung tidak menerima bantuan mahupun sebarang pembiayaan daripada pihak kerajaan.

    Sebaliknya, para pemandu perlu berbelanja besar untuk menyertai perlumbaan ini untuk bersaing dan membawa 4×4 serta SUV mereka sendiri untuk perlumbaan.

    Perlumbaan ‘off-road’ itu merupakan aktiviti perlumbaan yang terkenal dan dimonopoli oleh individu-individu biasa serta tidak ada penampilan pemandu auto yang sudah profesional. – AFP
    Sebagaimana hobi-hobi yang lain, perlumbaan ‘off-road’ ini masih lagi belum diiktiraf sebagai aktiviti sukan di Vietnam. – AFP

    “Kami berharap pihak kerajaan Vietnam boleh memiliki federasi kereta sebagai sukan rasmi negara,” kata Khuat Viet Hung, timbalan ketua jawatankuasa keselamatan lalu lintas negara tersebut.

    Aktif berlumba

    “Bagi proses untuk meningkatkan lagi profil perlumbaan ini, beberapa pelumba dari Vietnam juga sering melakukan perlumbaan di beberapa buah negara ASEAN seperti di Malaysia dan juga Thailand, di mana kawasan perlumbaan di negara ini lebih mantap dan menerima lebih banyak kemudahan serta pembiayaan,” kata pihak penganjur perlumbaan itu, Nguyen Manh Thang kepada wartawan AFP.

    Nguyen juga berharap perlumbaan ini akan dapat mengasah lagi kemahiran pemanduan kereta di negara itu di mana motosikal lebih banyak digunakan di negara berkenaan berbanding kereta malah dianggarkan 30 penduduk mati setiap hari dalam kemalangan jalan raya.

    “Oleh kerana trafik jalan raya di Vietnam sangat huru-hara, banyak penduduk telah meninggalkan rumah mereka dan tidak kembali lagi kerana mereka mahu memandu dengan selamat di negara tersebut,” tambah Thang lagi kepada wartawan AFP.

    Bagi seorang pesaing, Pham Viet Thang yang mana telah bersaing untuk kali kedua berkata bahawa perlumbaan ini adalah lebih dari sekadar memandu dengan bijak.

    “Ia sebenarnya adalah untuk satu keghairahan dalam darah dan otak setiap peserta. Sesiapa yang mahu menjadi seorang lelaki yang gagah harus terlibat sekurang-kurangnya satu sukan dan saya menganggap perlumbaan ini sebagai satu sukan,” kata seorang pegawai kerajaan yang sedang berdiri di tengah-tengah beribu-ribu peminat bersorak di kawasan perlumbaan.

    “Gadis kecil ini sentiasa akan bersamaku, apabila dia patah, saya perlu bersikap lembut terhadapnya, membetulkannya dengan baik, saya sudah anggap dia sebagai isteri kedua saya,” kata Thanh merujuk kepada kereta SUV miliknya yang berwarna unggu mengakhiri temu ramah bersama media. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda