Wednesday, July 3, 2024
23.2 C
Brunei

    -

    Vietnam bangunkan rangkaian kabel dasar laut menjelang 2030

    HANOI, 30 JUN – Vietnam berhasrat membina sekurang-kurangnya 10 rangkaian kabel dasar laut baharu menjelang 2030, meningkatkan jumlah keseluruhan kepada 15 dengan kapasiti minimum 350 Tbps.

    Sekurang-kurangnya dua daripada kabel baharu itu akan dimiliki Vietnam dan akan berhubung terus ke hab digital serantau, lapor agensi berita Vietnam, VNA.

    Inisiatif itu digariskan dalam ‘Strategi Pembangunan Sistem Kabel Optik Antarabangsa Vietnam sehingga 2030 de-ngan Visi ke arah 2035,’ yang baru sahaja diumumkan oleh Kementerian Maklumat dan Komunikasi Vietnam.

    Menjelang 2027, Vietnam bercadang melancarkan empat laluan baharu, meningkatkan kapasiti keseluruhan kepada sekurang-kurangnya 134 Tbps.

    Vietnam akan memastikan bahawa Singapura, Hong Kong (China) dan Jepun kekal sebagai hab digital utama untuk ketersambungan.

    Sistem gentian optik antarabangsa adalah komponen penting dalam infrastruktur digital Vietnam dan memerlukan pelaburan besar demi memastikan kapasiti ultra-tinggi, jaringan jalur lebar, keselamatan dan kemampanan.

    Infrastruktur tersebut akan menyediakan asas yang diperlukan untuk beberapa pusat bandar menjadi hab data serantau. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Kira-kira 115,000 pelarian Afghanistan dari Pakistan, Iran pulang ke tanah air

    KABUL, 2 JULAI – Kira-kira 115,000 pelarian Afghanistan dari Pakistan dan Iran telah pulang ke negara asal mereka sejak sebulan lalu, menurut Kementerian Pelarian...