Saturday, July 12, 2025
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Vietnam bersedia laksana piawaian pelepasan baharu untuk motosikal

    HANOI, 7 JULAI – Kementerian Pertanian dan Alam Sekitar (MAE) Vietnam dijangka mengeluarkan piawaian pelepasan kebangsaan baharu untuk motosikal bulan ini sebagai sebahagian daripada usaha mengurangkan pencemaran udara bandar dan melengkapkan sistem peraturan teknikal kebangsaan mengenai emisi kenderaan.

    Menurut agensi berita Vietnam (VNA), Pengarah Agensi Alam Sekitar Vietnam di bawah kementerian itu, Hoang Van Thuc, menyatakan langkah berkenaan selaras dengan Undang-undang Perlindungan Alam Sekitar 2020.

    Beliau berkata agensi itu telah ditugaskan untuk merangka pekeliling yang mengawal selia piawaian teknikal kebangsaan (QCVN) mengenai pelepasan untuk kereta, motosikal dan kenderaan bermotor, bersama-sama dengan cadangan pelan hala tuju pelaksanaan untuk dikemukakan kepada menteri bagi kelulusan. – Bernama

    Gambar bertarikh 4 Julai 2017 menunjukkan para penunggang motosikal di jalan di pusat bandar Hanoi. – AFP

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda