Saturday, December 21, 2024
25.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Vietnam catat 12.7 juta ketibaan antarabangsa

    HANOI, 7 OKT – Vietnam menyambut lebih 12.7 juta ketibaan antarabangsa dalam sembilan bulan pertama tahun 2024, peningkatan sebanyak 43 peratus tahun ke tahun, menurut Pejabat Perangkaan Am.

    Sepanjang tempoh tersebut, ketibaan asing ke Vietnam melalui udara mencecah hampir 10.8 juta, mencakupi 84.9 peratus daripada jumlah keseluruhan, diikuti melalui jalan raya dengan kira-kira 1.8 juta (13.8 peratus) dan laluan laut dengan hampir 165,700 (3 peratus). Kebanyakan ketibaan adalah dari Asia dengan lebih 10.12 juta, melonjak 47.7 peratus tahun ke tahun, menurut laporan itu.

    Pada September sahaja, terdapat 1.27 juta pelawat antarabangsa ke Vietnam, kata pejabat itu. Ini menandakan sedikit penurunan daripada Ogos, yang menyaksikan 1.43 juta ketibaan.

    Walaupun bilangan pelawat berkurangan pada September, industri pelancongan berazam untuk mencapai matlamat menarik 17-18 juta pelawat antarabangsa tahun ini, memandangkan tiga bulan terakhir adalah musim puncak untuk ketibaan antarabangsa di Vietnam, lapor Vietnam News hari ini. – Xinhua

    Gambar Unsplash

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda